Kelas KDB Funniest Video bersama Belia Kampung Serasot
10 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot telah mengadakan kelas membuat video bersama belia kampung Serasot. Tujuan kelas ini diadakan bagi mewujudkan platform bagi menghebahkan mesej-mesej program Klik Dengan Bijak(KDB) dengan lebih pantas, jangkauan yang lebih meluas dan menyeronokkan juga Menggalakkan penglibatan aktif dari Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia dan pelbagai pihak lain dalam menjadi agen hebahan program KDB. Kelas KDB Funniest Video Bersama Belia Kampung Serasot telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin Asin dan Penolong Pengurus PI Serasot, Cik Emmy Lyn Wella dan dibantu oleh Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: